Pandangan Islam Sodom dan Gomorrah

Rencana utama: Nabi Luth a.s.

Menurut tradisi Islam, anak saudara Nabi Ibrahim dikenali sebagai Nabi Luth (Bahasa Arab: لوط‎) dan adalah seorang rasul. Menurut al-Quran, Nabi Luth (atau Nabi Lut) telah dikirimkan sebagai seorang nabi untuk memberi amaran kepada orangnya (iaitu, bandar Sodom dan Gomorrah) untuk mengubah sikap jahat mereka. Cerita ini disebut dalam surah Hud, surah ke-11 dalam al-Quran; fokus utama surah Hud ialah cerita-cerita nabi dikirimkan untuk memberi amaran kepada kaum mereka untuk menyembah hanya Allah, dan Allah menghukum kaum-kaum itu kemudian kerana engkar.

Al-Quran tidak memberikan perincian lebih mengenai kaum Nabi Luth, menganggap bahawa para pembaca mengenali latar belakang cerita. Nabi Luth menawarkan anak perempuannya, tetapi mereka tidak berminat dan mengatakan bahawa Nabi Luth "tahu apa yang kami mahu." Digabungkan dengan keterangan Kitab Bible, Sodom dan Gomorrah dalam Islam juga merujuk kepada kehomoseksualan dan rogol homoseksual. Keterangan penuh boleh didapati dari surah Al-Hud:[3]

74 Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (malaikat-malaikat) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Lut.
Sesungguhnya Ibrahim itu penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.
76 Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan).
77 Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".
78 Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya, sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
79 Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."
80 Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)".
81 (Para utusan berkata:) "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"
82 Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
83 Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

Perbezaan utama di antara Nabi Luth menurut pandangan Islam dan versi Kitab Bible adalah bahawa Kitab Bible memasuk cerita hubungan sumbang muhrim Nabi Luth dengan kedua anak perempuannya, yang sangat jelas ditolak dalam Islam. Disebabkan Nabi Luth merupakan seorang nabi Tuhan,[4] dan nabi-nabi Islam dianggap tidak akan melanggar hukum Tuhan, Nabi Luth pasti tidak mempunyai hubungan sumbang muhrim seperti itu.

Sesetengah cendakiawan Islam[nyatakan menurut siapa?] menganggap penawaran anak perempuan Nabi Luth kepada kaumnya sebagai suatu penawaran wanita kepada lelaki pada umumnya, dan bukan hanya anak perempuannya.

Rujukan

WikiPedia: Sodom dan Gomorrah http://vm.arts.unimelb.edu.au/report/babedhra.htm http://www.abu.nb.ca/ecm/topics/arch5.htm http://pace.cns.yorku.ca/York/york/showText?book=1... http://womenshistory.about.com/od/ancientgreece/An... http://www.aish.com/societyWork/sciencenature/Bibl... http://www.arkdiscovery.com/sodom_&_gomorrah.htm http://bible.crosswalk.com/Commentaries/GenevaStud... http://bible.crosswalk.com/Commentaries/JamiesonFa... //scholar.google.com/scholar?q=%22Sodom+dan+Gomorr... //www.google.com/search?&q=%22Sodom+dan+Gomorrah%2...